Kurang didikan agama oleh ibu bapa
- Berlaku apabila
seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh
atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak
didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.- Seperti yang kita
lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat
kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan
agama yang rapuh .
Pengaruh rakan sebaya
- Psikologinya
seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang
lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang
paling rapat dengan diri kita. Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila
pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri
- Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin
memberontak terhadap sesuatu autoriti .- Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau
memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak
dipedulikan oleh ibu bapa .
Gangguan Emosi
- Sesetengah
individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya
kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini
demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya
. Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara
berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.
Ibu bapa yang lalai dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka
- Ini dapat dilihat
apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang
sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya
mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang
diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka
lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak
disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
- Bak kata pepatah
melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa
seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan
memberikan didikan yang sempurna .