Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku masalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya .
No comments:
Post a Comment