Wednesday, 5 March 2014

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

KESAN TERHADAP INDIVIDU




Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .



.Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud .


Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari .




Berubah menjadi panas baran ,pengsan dan kehilangan tenaga seks.
~Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk
mendapatkan dadah.



Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .


KESAN KEPADA KELUARGA

*Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya. 

*Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada penagih.

*Rumah tangga menjadi porak peranda.
Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.

*Menghancurkan harapan ibu bapa.
Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun.

*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana.


KESAN TERHADAP NEGARA


Kesan Kepada Ekonomi
Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat
- Kos penagihan
- kos kehilangan produktiviti
- tambahan kos perubatan
- lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain.
 


Kesan Kepada Keselamatan
- Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .
- Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
- Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
- Menjejaskan kesopanan.


Kesan Kepada Kesihatan
- Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling .
- Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
- Emosi akan terganggu.

No comments:

Post a Comment